ADVERTISEMENTspot_img

Polis Marin Wilayah 4 Ssbah gagal kan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM 7, 000,000

Sebahagian rokok seludup yang ditemukan di gudang berkenaan.

LABUAN: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah menumpaskan cubaan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM 7,000,000 yang disimpan dalam sebuah Gudang di Kawasan Kampung Batu Manikar melalui operasi khas yang dijalankan kira kira jam 9.30 pagi pada Ahad,

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Assisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil daripada operasi itu, pihaknya telah menemukan sebuah gudang yang dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan di gudang tersebut telah menemukan lebih 5,300,000 batang rokok seludup pelbagai jenama dipercayai dari negara jiran.

” Turut dirampas dalam operasi itu beberapa buah kenderaan serta menahan lapan individu tempatan lingkungan 18 hingga 51 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti itu bagi membantu siasatan”, katanya.

Mohd Nazri berkata kes tangkapan itu merupakan kes terbesar yang direkodkan oleh PPM Sabah pada tahun ini.

Katanya, sepanjang tahun 2025 pihaknya telah merekodkan 139 kes dan seramai 139 orang tangkapan dibuat dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM52,000,000.

Antara kes yang berjaya ditangkap iaitu penyeludupan rokok, minuman keras, penyelewengan minyak subsidi, minyak masak dan lain-lain di bawah Akta Bekalan 1961.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN