ADVERTISEMENTspot_img

Labuan hanya mampu di tempat ketiga Kejohanan Golf SeBorneo Edisi ke 8

Ketiga… pamain Persatuan Kadayan Labuan bergambar kenangan bersama Rozman (berdiri enam dari kanan) .

LABUAN: Pasukan Golf Kadayan Labuan gagal mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Golf Se Borneo Edisi ke 8 selepas menduduki tempat ketiga pada Kejohanan itu yang diadakan fdi Sutera Habour Golf Country Club ( SH GCC) )Sabah pada Ahad.

Pasukan Golf Kadayan Labuan yang dibarisi pemain yang sama pada kejohanan tahun lalu di Labuan International Golf Club (LIGC) mencatat 856 mata.

Dengan kedudukan ditempat ketiga pasukan Golf Kadayan Labuan yang diketuai, oleh Datuk Rozman Datuk Isli menerima hadiah wang tunai RM2000.

Johan dimenang oleh pasukan Golf Kadayan dari Sarawak yang mencatakan 837 mata untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5, 000 beserta Piala kejohanan.

Sementara pasuka Golf Kadayan Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Seri Safar Untung menjadi naib johan untuk menerima hadiah wang tunai RM3, 000.

Brunei Darussalam yang turut menyertai kejohanan empat penjuru itu menduduki tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Kadayan Sabah (PADIAAN) Datuk Dr Yusof Yacob sejurus perlawanan 18 lubang itu berakhir.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) telah disertai seramai 144 pemain .

Sementara itu Sarawak bakal menjadi tuan rumah kejohanan itu tahun depan dengan menyaksikan Miri sebagai lokasi kejohanan.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN