ADVERTISEMENTspot_img

UMNO perlu menjadi sebuah parti dinamik: Johari

Johari bersalaman dengan AJK UMNO Bahagian

LABUAN: UMNO perlu menjadi sebuah parti yang dinamik dengan melahirkan pimimpin yang mempunyai keikhlasan dan pemikiran yang lebih keterbukaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO memerlukan perubahan pemikiran di luar kotak dan keikhlasan yang dapat meyakinkan rakyat.

‘Selagi kita berfikiran cara sama, strategi yang sama, maka UMNO tidak akan berubah. Kerana politik hari ini ikut dinamik.

‘Sebab itu UMNO yang lahir lebih 60 tahun perlu berubah menjadi sebuah parti dinamik iaitu mesti mengambil kira 40 peratus pengundi yang mempunyai pemikiran yang relevan, lebih progresif, berkedibiliti dan berintegrati’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Bahagian Labuan di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata perubahahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk menukar agenda perjuangan parti.

Sebaliknya ia bertujuan mencari langkah strategi untuk memahami khususnya generasi muda yang mempunyai latar belakang dan taraf pendidikan yang berbeza.

Johari diiringi Mohd Rafi (kanan sekali) dan Bashir ( kiri sekali) sebelum masuk ke Dewan persidangan,

Terdahulu Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Biarpun UMNO merupakan sebuah parti yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mana mana pihak dalam membangunkan dan memerdekakan negara.

Namun kekalahan UMNO dalam pilihanraya yang lalu telah berubah UMNO bukan lagi sebuah parti yang dominan, sebaliknya terpaksa bersedia dan mengubah cara untuk berkerjasama dengan banyak parti, memandangkan dinamik telah berubah.

‘Oleh itu kita kena berubah untuk baik pulih cara kita dan bangun semula untuk mendapatkan kedudukan mutlak mentadbir negara’, katanya.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Labuan merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani serta pemimpin sayap sayap parti UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan Veteran UMNO.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah ketua ketua parti komponen Kerajaan Perpaduan terdiri parti PKR, Amanah, DAP, UPKO dan Warisan.

Lebih 700 perwakilan daripada 33 Cawangan UMNO hadir pada persidangan tahunan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN