ADVERTISEMENTspot_img

Program Jiwa Komuniti MADANI ‘Sembang Santai’ perluaskan maklumat dan pemahaman masyarakat- Azman

Mohd Musid ketika menyampaikan ceramah Keselamatan Dalam Talian pada program tersebut.

Labuan: Program Jiwa@Komuniti MADANI ‘Sembang Santai’ merupakan langkah inisiatif kerajaan perpaduan dalam memperluaskan penyalurkan maklumat dan advokasi untuk meningkatkan kesedaran komuniti.

Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan Azman Sipan berkata, selain itu ia juga memberikan pengetahuan dan keberdayaan komuniti dalam menangani isu-isu semasa khususnya jenayah siber kepada masyarakat.

“Perlaksanaan program sembang santai merupakan usaha Jabatan Penerangan mengeratkan jaringan komunikasi bersama masyarakat setempat serta mewujudkan peluang dalam sesi dialog berinteraksi dua hala di antara pihak jabatan dan komuniti”, katanya kepada pemberita pada program Sembang Santai di Warung Indera Gusu Kampung Sungai Labu, pada Sabtu.

Menurut Azman, konsep Jiwa @Komuniti MADANI dilaksana bukan sahaja menerusi program sembang santai malah turut diadakan melalui penganjuran program kemasyarakatan, sambutan pelbagai perayaan kaum dan hari kebangsaan.

Program anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan itu dihadiri oleh ahli ahli dari enam zon Komuniti MADANI yang diwujudkan di pulau ini.

Antara pengisian utama program tersebut ialah ceramah yang berkaitan dengan ‘Keselamatan Dalam Talian’ yang disampaikan oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Musid Mohamad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN