ADVERTISEMENTspot_img

RM4,000 hadiah wang tunai menanti dalam Kejohanan Gegar Takraw Merdeka Membakut

TENAGA PENTING…Hj Ahmad ( duduk tengah) manakala duduk dari kiri Ag Ghazali, Hj Mohd Amin, Nor Isham dan Ali Omar sementara berdiri di belakang daei kiri, Ag Kassim, Hj Ismail, Hajah Dayang Rayanih dan Ali Hussein.

PUTATAN: Hadiah lumayan wang tunai RM4,000 dan Piala Rebutan menanti pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Gegar Takraw Merdeka Membakut pada 23-24 Ogos 2025 ini.

Kejohanan dua hari anjuran Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kg Pimping Kota Kinabalu itu akan diadakan di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping Membakut.

Pengerusi Penganjur yang juga Penolong Setiausaha Agung PAPIM,Nor Isham Narawi berkata syarat-syarat pertandingan sedang diperincikan bersama Persatuan Takraw Sabah ( ASTAKA) dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat

Bagaimanapun kata Nor Isham, AJK Tertinggi PAPIM yang dipengerusikan oleh Haji Ahmad Dipong sudah bersetuju hadiah dan piala yang akan ditawarkan kepada pemenang.

Hadiah johan katanya akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan Piala Rebutan bernilai RM300, naib johan akan membawa pulang 1,000 dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Menurut beliau pihak penganjur akan mengenakan yuran penyertaan RM120 untuk satu pasukan dan kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain-pemain dari kawasan Dewan Undangan Negeri Membakut sahaja.

Bagaimanapun katanya setiap pasukan dibenarkan hanya menyenaraikan seorang saja pemain bertaraf negeri dari mana-mana daerah saja.

Beliau berkata sistem permainan kejohanan bagi merebut Piala Penaung PAPIM, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Hj Arif ini bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan yang mengambil bahagian yang akan dibincangkan dengan pihak ASTAKA tidak lama lagi.

” Kejohanan takraw ini mendapat pengiktirafan dan kerjasama dari ASTAKA, dari itu kita akan buat kunjungan hormat terhadap penaung terlebih dahulu sebelum mesyuarat khas dengan ASTAKA,” katanya dalam taklimat kepada AJK PAPIM di sebuah restoran terkemuka di Putstan pagi tadi.

Nor Isham berkata borang dan syarat-syarat pertandingan akan diedarkan kepada pasukan yang berminat dalam masa terdekat.

Beliau berkata kejohanan ini untuk memberikan peluang pemain- pemain muda dari daerah Membakut untuk menimba pengalaman dari pemain-pemain negeri yang boleh mereka jemput dalam kejohanan ini nanti.

PAPIM juga dijangka akan menghantar satu pasukan terkuat mereka terdiri kalangan ahli persatuan dan seorang bekas pemain negeri.

Sementara itu Hj Ahmad berkata selepas kejohanan ini dua program utama yang dirancang untuk dilaksanakan tahun ini yang disusunatur ialah Lawatan Dangsanak Ke Labuan.

“Semasa kunjungan ini nanti kita akan bertemu dengan kaum keluarga dari kampung dan kami juga akan edarkan borang keahlian untuk ratusan anak-anak Kg Pimping yang berada di Pulau ini nanti.

PAPIM juga akan meneruskan acara tahunan Program Baurung-Urung PAPIM yang akan diadakan di Hutan Lipur Kawang di mana ratusan ahli PAPIM dan ahli keluarga akan dihimpunkan sempena hari keluarga PAPIM itu.

Turut hadir dalam perbincangan khas itu ialah Setiausaha Agung PAPIM, Ali Hussein Hj Matnoor, Penolong Setiausaha Agung, Nor Isham Narawi, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail, Ketua Penerangan Haji Mohd Amin Haji Muin, Penolong Bendahari, Ag Ghazali Ghani, AJK terdiri dari Hajah Dayang Rayanih Hj Ag Hamid, Hj Ismail Hj Baniamin dan Ali Omar Salleh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN