ADVERTISEMENTspot_img

S&A Club Juara Kejohanan Badminton Piala Pegawai Daerah Lahad Datu

JUARA…Pasukan S.A.Club…….Bakri (kiri).selepas menyampaikan hadiah merakamkan gambar kenangan bersama pemenang

LAHAD DATU: Pasukan S&A Club muncul juara Pertandingan Badminton Berpasukan merebut Piala Pegawai Daerah Lahad Datu kali ke-2 di gelanggang badminton Dewan Perdana di daerah ini pada 17-18 Mei lalu.

Kemenangan ini membolehkan pasukan ini membawa balik wang tunai RM6000 dan piala.

Pertandingan yang disertai oleh tujuh pasukan itu menyaksikan Genda White muncul naib juara dan membawa balik hadiah wang tunai RM3000 dan piala.

Tempat ketiga dimenangi bersama oleh Aturmaju Badminton Club dan Happy Fido yang masing-masing menerima hadiah RM1000 dan piala.

NAIB JUARA (gambar atas)…Para pemain Genda White bersama hadiah merakamkan gambar bersama Bakri ( 2 kiri). KETIGA (gambar bawah)…PASUKAN Atur Maju B.C… berpuas hati di tempat ketiga bersama..

Pertandingan anjuran Persatuan Badminton Lahad Datu ini turut disertai oleh Pasukan AJ Badminton Club, MKBC & Tangkis dan Genda Black.

Pertandingan diadakan berdasarkan acara bagi Beregu Veteran 95 TAHUN ( Campur Umur), Beregu Semipro dan Beregu Novis.

Presiden Badminton Lahad Datu Encik Bakri Burhima mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah, Encik Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul atas sokongan yang diberikan untuk menganjurkan kejohanan ini.

Beliau berkata meskipun Pegawai Daerah tidak dapat merasmikannya kerana komitmen tugas yang lain namun sokongan beliau amat bermakna kepada persatuan dan para peserta.

GAMBAR ATAS…Kelihatan para pemain Pasukan Happy Fido yang menduduki tempat ketiga bersama. GAMBAR BAWAH…Bakri merakamkan gambar bersama AJK teknikal dan penganjur..

“Kita rakamkan penghargaan kepada Encik Firuz yang terus memberikan komitmen tinggi terhadap pertandingan yang bertujuan melahirkan masyarakat yang cergas ini,” kata Bakri.

Beliau berkata pertandingan ini juga dapat mengukuhkan ikatan silatulrahim sesemua peserta seperti yang diharapkan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu itu sendiri.

“Pertandingan seperti amat baik diadakan sebagai jambatan perpaduan antara rakyat terutama sekali kalangan pemain,” katanya Bakri yang mewakili Firuz semasa merasmikan majlis itu.

Bakri berharap kejohanan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur terutama Persatuan Badminton Lahad Datu dan para pengadil kerana bertungkus lumus menganjurkan kejohanan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN