ADVERTISEMENTspot_img

21 motosikal disita dalam Operasi Samseng di Labuan

Motosikal yang disita dalam operasi tersebut



LABUAN: Polis disini menyita 21 buah motosikal dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Sungai Miri berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antsrabangsa Labuan.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim berkata, operasi bersepadu yang dijalankan selama dua hari itu turut memeriksa 65 lelaki remaja berumur antara 16 hingga 21 tahun.

Katanya operasi berkenaan dijalankan susulan aduan orang ramai mengenai kegiatan  samseng jalanan yang menunggang motosikal  secara berbahaya dan membuat bunyi bising dengan ekzos yang diubah suai.

“Ketika operasi itu dijalankan sebahagian penunggang motosikal berjaya melarikan diri kearah pantai dan meninggalkan motosikal mereka.

“Unit kereta peronda (MPV) turut dikerahkan untuk menyuraikan orang ramai yang berada di lokasi operasi” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Menurut Mohd Hamizi, operasi dua hari yang berakhir pada petang Isnin  melibatkan 22 anggota polis diketuai oleh ASP Rechi Anak John Chuhing.

Sebahagian motosikal yang disita

Turut terlibat dalam operasi unit khas yang ditugaskan untuk penyamaran dan pemantauan awal sebelum sekatan Jalan raya dilaksanakan secara serentak di Jalan Sungai Pagar dan di hadapan Sekolah Menengah Sains Labuan.

Katanya, semua motorokal yang disita dibawa ke balai polis IPD Labuan untuk siasatan lanjut.

“Pelbagai kesalahan telah dikesan antaranya penunggang tidak mempunyai lesen yang sah, tamat cukai Jalan, tidak memasang plat nombor serta melakukan pengubasuaian haram,” katanya.

Sementara itu, kes disiasat dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan bersama JPJ dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengesan kesalahan lain.


 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN