JUARA….Pasukan Projeri Sakura merakam gambar bersama guru-guru jurulatih dan ibu bapa selepas kejohanan.
RANAU: Pasukan ProJERI Sakura, muncul juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga tahunan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya Ranau berlangsung selama tiga hari di padang sekolah itu baru-baru ini.
Pasukan Sakura yang berjaya mengutip 26 Pingat Emas, 16 pingat Perak dan 18 pingat Gangsa meletakkan pasukan Refflesia dengan kutipan 16 Emas, 19 Perak dan 18 Gangsa menduduki Naib Johan disusuli pasukan Dahlia (14 Emas, 19 Perak dan 17 Gangsa) menduduki tempat Ketiga mengetepikan pasukan Anggerik di tempat Keempat meraih 14 pingat Emas,16 Perak dan 20 Gangsa.
Kejohanan kali ke- 27 itu telah dirasmikan Penangguhannya oleh Penolong Pegawai Pendidikan daerah, SIC+ Unit Kemanusiaan Sektor Pembelajaran daerah Ranau, Asman Bin Saman yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Puan Barizah Binti Mohd Kahar.
Asman dalam ucapannya, memuji Jawatankuasa Pengelola Kejohanan kerana berjaya mengendalikan kejohanan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang.
Menurut Asman kejohanan seumpamanya menjadi wadah dan medan pemilihan atlet berpotensi yang bukan sahaja mewakili pasukan Rumah Sukan, malah bakal mewakili sekolah ke kejohanan Majlis Sukan sekolah (MSS) peringkat daerah, negeri seterusnya peringkat kebangsaan.
“Menerusi aktiviti sukan juga boleh menyihatkan fizikal-mental positif dan disiplin diri pelajar”,jelas Asman sambil menyarankan kepada pelajar supaya menseimbangkan penglibatan kegiatan sukan (Kokurikulum) dengan aktiviti dalam bidang akademik (Kurikulum) khususnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan amat it penting kerana ia menjadi sebahagian menjana prestasi unggul untuk maju ke bidang selanjutnya (Universiti) atau ke IPTA-IPTS.
Terdahulu, Pengetua SMK.Matupang Jaya, Ahmad Shahbirin Bin Subin dalam ucapanya mewakili Jawatankuasa pengelola kejohanan merakam penghargaan atas kehadiran Asman mewakili PPD bagi merasmikan majlis penangguhan kejohanan tersebut.
“Bagi pihak guru-guru sekolah ini berterima kasih atas kehadiran Asman dan juga kehadiran dan sokongan serta kerjasama daripada para ibu bapa”,jelas Shahbirin.
Beliau juga mengharapkan sokongan dan kerjasama berterusan daripada ibu bapa bagi mempastikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik selain aktif dalam bidang sukan.
Sempena kejohanan itu, adik Daisuke Herman (Sakura)mengutip 3 pingat Emas dan adik Jiasiyen Jamary (Anggerik) mengutip 2 Emas 1 Perak masing-masing di nobatkan sebagai Olahragawan-Wati bagi kategori 15 tahun, manakala Olahragawan-Wati bagi kategori 18 tahun masing-masing disandang oleh adik Danny Hadid dari pasukan Anggerik (2 Emas dan 1 Perak) bersama Avy Priska Marly Markus (Sakura) mengutip 3 Pingat Emas.
Lebih 900 ibu bapa bersama guru-guru dan pelajar hadir menyaksikan kejohanan tersebut.



