ADVERTISEMENTspot_img

EMMA FT adakan persahabatan bola sepak bersama DBPKL

PASUKAN EMMA FT merakamkan gambar sebelum perlawanan. Kelihatan Mail Pani (duduk tiga kanan) dan Arif ( berdiri kiri).



KUALA LUMPUR: Seramai lapan belas pemain Pasukan EMMA FT dari Sabah diketuai oleh Rosley Bin Mail dan jurulatih Slamat Bin Mail membuat lawatan sambil mengadakan perlawanan bola sepak secara persahabatan menentang Pasukan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBPKL) di Padang Turf Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur baru-baru ini .

Selain itu antara yang turut serta dalam lawatan ini iaitu ialahRosley Bin Mail,-Slamat Bin Mail, Mohd Ibrahim Abdullah, Ag. Muslim Mohd Talib, Juri Bin Mail,Jining Lagang, Ahmad Bidin, Osman Ag. Anak (Penjaga Gol),Kopong Joseph, Mohd Sahalan Bin Mohd Yassin, Japar Bin Mail, Mohd Noh, Harun Bin Sabtu, Ismail Bin Pani,Farid Farhan ,Naey, Ag Damit Abu Bakar@Buchu dan Mohd Arip Bin Maikol.


Sementara itu DBPKL menurunkan pemain-pemainnya yang terdiri dari Izzat, Rafiq, Izwan, Kaitong, Syafiq Ismail, Hafiz kamsah, Kimi, Fazlan dan Dr. Hazami.

Yang lain ialah Aris, Ejan, Pitpot (Penjaga Gol), Saiful,Hazim Buku Umum, Ustaz Afiq, Hanafi
dan Muazzem.

KENANGAN……Rosley (kiri) merakamkan gambar bersama Hj.Muslim dan Slamat ….di Venu Perlawanan



Sehubungan itu, pujian harus diberi kepada pasukan EMMA FT walaupun tewas 4-2 namun pasukan itu masih mampu memberi saingan sepanjang perlawanan dan mempamerkan permainan menarik serta sering mengucar kacirkan pintu gol lawan yang diterajui oleh Rosley Mail yang bergandingan baik bersama Haji Muslim Mohd Talip dibarisan hadapan bersama Ismail Pani yang mana masing masing menjaringkan satu gol hasil kedua-dua umpanan Rosley .


Pujian juga harus diberi kepada pertahanan EMMA FT yang diketuai oleh Slamat Mail yang sentiasa mematahkan serangan pihak lawan serta penjaga gol EMMA FT Osman Ag.Anak yang bermain cemerlang sepanjang perlawanan dengan mudah menepis beberapa percubaan berbahaya hasil beberapa serangan pantas pihak lawan.

Tidak dinafikan kelincahan Harun Sabtu yang digelar Ryan Giggs oleh rakan sepasukan bersama Arif yang digelar Paul Scholes sering mengucar-kacirkan benteng DBKL dari awal permainan hingga tiupan wisel ditamatkan.

TURUT BERAKSI….Dari kanan…Samboy, Muslim, Hj.Kopong dan Harun Sabtu



Rosley Mail ketika ditemui selepas perlawanan berkata, program ini diadakan bagi menjalin ikatan silaturahim dikalangan Pemain EMMA FT bersama warga DBPKL.

Katanya, perlawanan persahabatan ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pasukan selain dapat kenal-mengenali antara satu sama lain.

Rosley (kanan) sedang menyampaikan cenderkenangan kepada J.Izzat Pengurus DBPKL..



Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memupuk perpaduan dan ukhuwah tanpa mengira agama , bangsa dan budaya jelasnya

Diakhir perlawanan, Osman Ag.Anak dinobatkan selaku “Penjaga Gol Terbaik” manakala Rosley Mail dianugerahkan sebagai “Pemain Terbaik” .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN