Juara Bergu Lelaki Kayak bersama hadiah yang dimenangi
LABUAN: Peserta kayak dari Kuala Lumpur mengungguli Pertandingan Kayak Mengelilingi Pulau (Round Kayak Island) sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025.
Pertandingan yang diadakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan itu menyaksikan peserta Perseorangan Lelaki (men single) dan Bergu Lelaki (men double) Kuala Lumpur muncul johan dalam pertandingan tersebut Mohd Azlam Ibrahim yang mewakili DBKL menjuarai kategori perseorangan lelaki untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,800.
Sementara itu, pasangan adik beradik Shahidan Sukarno dan Nadznar Sukarno menjuarai kategori Bergu Lelaki sekali gus berkongsi hadiah wang tunai bernilai RM4,800.
Bagi kategori Bergu Campuran yang turut dipertandingkan menyaksikan gandingan Nedzfar Sukarno dan Jiana Tosawi yang mewakili Labuan muncul johan untuk berkongsi hadiah wang tunai RM 4,800.

Juara Bergu Campuran menerima hadiah daripada Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran
Naib johan bagi kategori perseorangan lelaki dimenangi oleh peserta dari Brunei Darussalam, Ariffin Haji Zainal untuk menerima hadiah wang tunai RM 2,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta Putrajaya, Ahmad Azfaruddin Lukman menerima hadiah wang tunai RM1,400.
Manakala naib johan bagi kategori Bergu Lelaki dimenangi oleh pasangan bergu dari Kuala Lumpur Julianda Amin dan Muhamad Najib Nazrin menerima hadiah wang tunai RM 3,600.
Di tempat ketiga kategori yang sama dimenangi oleh peserta dari Sabah, Dullah Besar dan Muhamad Danish Dullah membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,400.
Naib johan bagi kategori Bergu Campuran dimenangi oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Fahmi Izzuan dan Nurain Fitriya Selaman untuk menerima hadiah wang tunai RM 3,600.
Manakala tempat ketiga kategori Bergu Campuran dimenangi peserta dari Labuan yang diwakili Muhammad Hirfan Hakeem Rosman dan Eliana Zaryana Tosawi untuk berkongsi hadiah wang tunai RM 2,400.
Seramai 76 peserta Dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam menyertai pertandingan tersebut yang melibatkan kayuhan kayak sejauh 30 kilometer mengelilingi Pulau Labuan.



