Simsudin (tiga dari kanan ) bersama Mohd Khairul (kiri) menyaksikan salah satu acara Silat yang dipertandingkan sempena LISC 2025.
LABUAN: Seramai 700 pesilat dari seluruh Malaysia dan Negara Brunei Darussalam menyertai Kejohanan Silat Pantai sempena penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan dari 23 hingga 27April ini.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (PESAKA) telah dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, pada Khamis.
Yang DiPertua PESAKA Labuan, Mohd. Khairul Ghani berkata Kejohanan tersebut menjadi acara tetap dalam kalendar pelancongan sukan Labuan yang disasarkan dapat menarik lebih ramai peserta luar dan tempatan menjadi perhimpunan dilat terbesar di pulau ini.

Pesilat ketika beraksi pada kejohanan itu.
“Kejohanan tahun ini merupakan penyertaan terbesar dengan mempamerkan beberapa acara yang bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada Pesaka tetapi juga kepada komuniti Labuan” katanya.
Selain itu katanya, Kejohan Silat Pantai 2025 telah berhasil menyuntik nilai budaya dan menyerlahkan kemeriahan LISC 2025.



