ADVERTISEMENTspot_img

Kursus kraftangan di Kaingaran dapat sambutan menggalakan

Para peserta sempat merakam gambar bersama Zita (berdiri tengah bertudung), para AJK Penganjur dan jemputan yang lain.

RANAU: Seramai 40 orang penduduk dari  kawasan Kaingan di sini menghadirii Kursus Kraftangan Berasaskan Rotan, di Dewan Kaingaran di sini baru-baru ini.

Kursus yang julungkali diadakan itu merupakan anjuran Persatuan Usahawan Kaingaran Ulu Sugut (Pukus)dirasmikan Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau,  Puan Zita Binti Fedilis yang mewakili Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Peserta yang menghadiri kursus tersebut adalah mereka yang berdaftar dengan Persatuan PUKUS yang telah didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan   (Ros) sejak Mei 2024.

Puan Zita dalam ucapanya, memuji penduduk yang menjadi ahli persatuan dan memanfaatkan peluang menyertai Kursus  Kraftangan Berasaskan Rotan itu bagi menimba ilmu pengetahuan yang boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

“Saya mengharapkan kepada semua peserta agar tidak behenti berusaha menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kraftangan kerana ia boleh dijadikan sumber  menjana pendapatan keluarga”, jelas Zita.

Menurutnya lagi, kreativiti kraftangan berasaskan rotan yang lebih menarik dan cantik  boleh dipasarkan  menembusi  luar negeri.

Terdahulu Pengerusi Persatuan Usahawan Kaingaran Ulu Sugut, Herwelin Gimang dalam ucapannya merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Zita bagi mewakili YB Datuk Jonathan.

Kepada peserta katanya, diharap memperoleh pengetahuan baharu bagi menghasilkan  Kraftangan yang lebih menarik Berasaskan Rotan untuk di pasarkan sekaligus menambah pendapatan keluarga.

Menurut Herwelin lagi, kursus yang diadakan itu memberi latihan kemahiran kepada ahli-ahli persatuan agar menghasilkan kraftangan yang lebih menarik.

“Pihak Yayasan Sabah sudah sedia membuat tempahan produk hasil kraftangan rotan daripada para peserta”, tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah, Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman, Pemaju Mukim Parlimen Ranau, Minggo  Lomangkad dan EzasTakai.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN