ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki nyaris maut, lori terjunam ke dalam gaung

Keadaan lori yang terjunam ke dalam gaung dekat Kg.Tanah Merah, di sini pada petang Selasa.

RANAU: Dua lelaki nyaris maut apabila lori yang dinaiki terjunam ke dalam gaung, di Jalan Ranau – Sandakan, dekat Simpang Libang – Marakau, Kg.Tanah Merah, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, lori tiga tan jenis Nissan tanpa muatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 25 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.10 petang menerusi MERS 999.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera jenis FRT-1 dan FRV-1.

“Setiba di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat dua mangsa terlibat iaitu lelaki berumur 30 dan 33 tahun telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang hanya cedera ringan, seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut”, katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin pada Selasa.

Menurut Ridwan, selepas memastikan keadaan selamat dan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan jam 6.48 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN