30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PL sasar 90peratus premis makanan miliki Gred A

Mohd Sukuran menyampaikan plak Gred A kepada pengusaha Resturan Red Onion House.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) menyasarkan 90 peratus daripada keseluruhan premis makanan di pulau ini memperolehi Gred A bermula tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib berkata, Perbadanan Labuan akan memastikan sasaran itu dapat dicapai sebelum menjelangnya Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Labuan bukan sahaja dikenali sebagai bandar yang bersih tetapi juga kita mahu setiap premis makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa untuk dikunjungi dan ini sekaligus akan menambah nilai imej Labuan di mata pelancong yang berkunjung ke Labuan” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kebersihan Premis Makanan 2024, disini pada Jumaat.

Mohd Sukuran turut menjelaskan Perbadanan Labuan telah membuat ketetapan kepada semua premis makanan di pulau ini perlu mematuhi syarat syarat kebersihan sebelum memperbaharui lesen Perniagaan mereka bagi tahun 2025.

Katanya antara syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah tandas premis, dapur, perangkap minyak, dan sisa makanan serta siar kali.“Saya menaruh hapan yang tinggi agar para peniaga sentiasa komited dalam memastikan hasrat ini dapat dilaksanakan sepenuhnya”, katanya.

Pada tahun 2024 sebanyak 200 buah premis di pulau ini telah dinilai berbanding hanya 186 premis pada tahun 2023.

“Daripada 200 buah premis yang dinilai, sebanyak 97 premis atau 48.5 peratus berjaya memperolehi gred A, manakala 103 premis atau 51.3 peratus mendapat gred B.Sementara itu Perbadanan Labuan akan mempamerkan premis-premis yang mendapat gred A di skrin LED Perbadanan Labuan sebagai satu usaha penghargaan kepada pemilik pemilik makanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN