SIMSUDIN (tiga dari kanan) ketika melancarkan Walkabout Pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina di Savemore Supermarket Bukit Kalam sambil diperhatikan Junaidah (tiga dari kiri).
LABUAN;: Kepak ayam adalah antara 12 barangan harga Kawalan baharu yang disenaraikan dibawah Skim Harga Maksimun Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025.
Sebelas lagi barang yang disenaraikan dl bawah Skim iti ialah Udang Puteh, Ikan Bawal Puteh, Babi Hidup, Daging Babi (perut), Daging Babi (Daging Dan Lemak), Kubis Bulat import, Ubi Kentang, Bawang Puteh (China), Halia Tua Import, Lobak Puteh Import dan Lobak Merah.
Demikian diberitahu oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek ketika melancarkan Program Walkabout dan Pelancaran SHMMP Tahun Baharu Cina 2035 yang diadakan di Savemore Supermarket Jalan Bukit Kalam, pada Sabtu.
Hadir sama Pengarah Pejabat KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain.
Simsudin berkata, tempoh pelaksanaan skim kawalan itu berkuatkuasa selama sembilan hari bermula hari ini (Sabtu) iaitu empat hari sebelum dan lima hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
Beliau juga menjelaskan pihak KPDN o berpuss hati dengan sikap para peniaga yang sentiasa mematuhi garis panduan melalui senarai harga yang ditetapkan.
“Saya juga difahamkan pihak penguatkuasaan KPDN akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bukan sahaja di pasaraya (supermarket) tetapi juga di pasar awam yang lain bagi memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.”, katanya.
Pada majlis itu Simsudin bersama Junaidah turut meninjau Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Tahun Baharu Cina dan Back To School yang menawarkan harga yang lebih murah dengan diskaun antara 10 hingga 30 peratus.



