ZAKAT PERNIAGAAN …Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad menyalurkan zakat perniagaan untuk tahun 2024 sebanyak RM100 ribu kepada Pusat Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada majlis ringkas di MUIS, Kota Kinabalu pada Khamis.
Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Encik
Burhanuddin Yahya menyerahkan bayaran zakat itu kepada Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Encik Iwansuzairie Hari dan disaksikan oleh Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan timbalannya, Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad .
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi, Koid Chin Lin, Bendahari Koperasi, Encik Ishar Ramli dan 2 lagi ALK Hajah Siti Mariam Md Yunin dan Haji Sekol dan pegawai kanan MUIS.



