ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Sukuran dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PL yang baharu

Mohd Sukuran menerima watikah pelantikan daripada Zaliha sambil disaksikan Noridah (kiri).

LABUAN:Pengarah Bahagian Perancangan Fizikal Negara di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Mohd Sukuran TaibĀ  dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) yang baharu berkuatkuasa 15 November 2024.

Beliau menggantikan Rithuan Mohd Ismail yang tamat kontrak pada 31 September yang lalu.

Mohd Sukuran 52, memiliki pengalaman yang luas dalam bidĆ ng perancangan bandar selama 29 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan dasar dasar pembangunan Fizikal Negara.

Mohd Sukuran anak kelahiran Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyampaikan watikah pelantikan itu disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim di Putrajaya pada pagi kelmarin (Jumaat).

Pelantikan itu selaras dengan subseksyen 10 (1) Akta Perbadanan Labuan 2011 (Akta 609).

Zaliha berharap, Mohd Sukuran mampu menerajui Perbadanan Labuan dengan penuh integrati dan dedikasi. Pangalaman dan kepakaran beliau mampu memastikan kesinambungan pembangunan yang mampan serta memancu kecemerlangan Wilayah Persekutuan Labuan seiring dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya, berlandaskan Rancangan Struktur Labuan 2040.

Sementara itu, Zaliha turut mengucapkan setingi tinggi penghargaan kepada Mohd Rithuan atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN