ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Josei dari Labuan  naib johan  Kejohanan Hoki Lelaki fan Wanita Sabah 2024

Naib johan…pasukan Josei bersama Rizuan (kanan sekali)

LABUAN: Pasukan Josei Wilayah Persekutuan Labuan muncul naib johan kategori Spoon di Kejohanan Hoki bawah 16 tahun Lelaki dan Wanita  anjuran Persatuan Hoki Sabah yang diadakan di Stadium Hoki Likas baru baru ini.

Pada pertandingan akhir kategori itu, pasukan Josei tewas kepada Kelab Hoki Segama Lahad Datu dengan jaringan 4-0.

Ketua Pasukan Josei, Adreana Bathreesya antara penyumbang jaringan terbanyak bagi pasukannya sehingga membawa pasukan itu ke peringkat akhir.

Sementara itu, pasukan lelaki bawah 16 Tahun Labuan yang diwakili oleh pasukan AHL Rampage dan SSN Thunderstick menduduki tempat ketiga bersama selepas kedua dua pasukan itu terkandas di peringkat separuh akhir kategori Bowl.

Sebanyak 28 pasukan Wanita dan 27 pasukan lelaki menyertai Kejohanan tersebut.

Ketua Jurulatih Akademi Hoki Labuan, Rizuan Nizzam Nawawi yang mengiringi pemain di kejohanan itu tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang menunjukkan semangat juang yang tinggi sekalipun serba kekurangan dari aspek tempat latihan.

Katanya,  beliau ketika ini merancang untuk mengetengahkan pasukan hoki bawah 12 tahun pada kejohanan yang lebih besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN