ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Osca Warriors kekalkan juara  Ragbi Labuan tiga tahun berturut turut.

JUARA…..Pasukan Osca Warrior bersama piala yang dimenangi

LABUAN: Pasukan Sabah Osca Warriors menepati ramalan apabila muncul juara Karnival Ragbi Labuan 2024 sekaligus mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut turut.

Pada perlawanan akhir Sabah Osca Warriors  menewaskan pasukan rakan senegerinya, KK Shark  15-3 menerima sebuah piala dan medal.

Terdahulu pada perlawanan separuh akhir pasukan Osca Warriors menewaskan pasukan Putatan Scorpionz 22-0, manakala pasukan KK Shark menewaskan pasukan Flaying Kurkis dari Brunei Darussalam 5-0.

Naib Juara

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Flaying Kurkis selepas menewaskan pasukan Putatan Scorpionz 17-5.

Sebanyak 24 pasukan melibatkan penyertaan dari Sabah, Terangganu, Brunei dan Labuan.

Kejohanan Karnival Ragbi Labuan edisi ke 22 anjuran Persatuan Ragbi Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Kesatuan Ragbi Malaysia telah diadakan dua hari 12-13 Oktober yang diadakan di padang Dataran Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN