ADVERTISEMENTspot_img

Ex Paiwen FC johan Karnival Sukan Tertutup Mukim Lohan-Bongkud anjuran Wiramuda dan Wiranita StarSabah N38 Paginatan

Abidin (tengah) dan lain-lain bergambar bersama dua pasukan bola sepak yang bertanding dalam karnival tersebut


RANAU: Pasukan bolasepak Ex Paiwen FC muncul johan dalam Karnival Sukan Tertutup Mukim Lohan-Bongkud anjuran Wiramuda dan Wiranita StarSabah N38 Paginatan bersama Belia Kg Lohan yang diadakan di sini baru-baru ini.


Dalam pertandingan itu, pasukan bola sepak Dalamas FT muncul sebagai naib johan, manakala pasukan Lohan FT dan Bonama FC masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.


Karnival sukan yang turut memuatkan beberapa acara pertandingan yang lain dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.


Dalam program yang sama, pertandingan Bola Jaring dimenangi oleh pasukan Querencia, manakala tempat kedua dimenangi pasukan Power Pop Girl, sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Jaguar dan Fortissimo.


Bagi acara pertandingan Bola Tampar Lelaki pula, johan jatuh kepada pasukan KRVT, naib johan jatuh kepada pasukan Lohan Viking, sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Tornado Pahu dan Piket VT.


Untuk acara Bola Tampar Wanita, johan jatuh kepada pasukan AUCH VT, naib johan jatuh kepada pasukan SAPERA, sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan MONSIAWAN FC dan MISFIT.


Karnival tersebut turut memuatkan acara Melastik, di mana johan jatuh kepada Samrin, naib johan jatuh kepada Emong, sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Lagas dan Ustaz Rauf.


Bagi pertandingan mewarna Karnival Sukan Lohan Bongkud 2024, pemenang jatuh kepada Hana Nuraisyah, diikuti Dinda Elysa dan Damian Arnold di tempat ketdua dan ketiga.

Hillary (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang


Saguhati bagi acara pertandingan mewarna diberikan kepada Aryan Waiz, Eayrah Vee Delisha, Muhd Rafa, Arshiya Azyyati dan juga Khayrina Maryam.


Sementara itu, dalam ucapannya, Abidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam program yang berjaya itu.


Tambahnya, penganjuran aktiviti sukan seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.


“Penyertaan pemain sepanjang perlawanan diadakan menunjukkan para belia dan masyarakat secara amnya di sini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.


“Ia juga secara tidak langsung membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kebolehan mereka terutama dalam perlawanan bola sepak, bola jaring, bola tampar seperti ini.


“Karnival sukan seperti ini juga dapat mencungkil bakat terpendam yang boleh ditonjolkan di peringkat lebih tinggi, justeru memberi peluang kepada mereka yang mahu bergiat lebih aktif dalam acara sukan yang diceburi.


“Acara ini juga sedikit sebanyak mengurangkan, malah dapat mengelakkan masyarakat dari semua peringkat daripada terjerumus dalam kegiatan tidak diingini iaitu gejala sosial,” katanya.


Turut hadir dalam program itu, PPM N38 Paginatan, Hisyamudin Harun, Pegawai Khas Adun, Juis Konsuling, Ketua Wiranita, Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda, Hillary Salmoen dan Pemimpin Setempat.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN