ADVERTISEMENTspot_img

Labuan kutip 3 emas 1 perak 2 gangsa di Kejohanan Karate Peringkat Negeri Sabah

TAHNIAH…Atlet Karate Labuan yang berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa peada kejohanan itu.

LABUAN:  Persatuan Karate Wilayah Persekutuan  Labuan berjaya mengutip tiga pingat Emas,  satu  Perak dan dua  Gangsa di Kejohanan Karate Kadet, Junior  dan & Bawah 21 Tahun Peringkat Negeri Sabah 2024.

Kejohanan  kali Ke-21 itu telah diadakan  di Dewan Sri Sulaman, Tuaran, Sabah, baru baru ini.

Tiga pingat Emas Labuan masing masing disumbangkan oleh Diya Khalish Kasryanto bagi kategori Kumite Perempuan Kadet (61kg), Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi,  kategori Kumite Perempuan Junior (47kg) dan Muhammad Isyraf Faiz Bin Mohd Ismifarizal kategori Kumite Lelaki Junior (76kg ke atas).

Manakala pingat tunggal pingat Perak disumbangkan oleh Adib Abdullah Mohd Dzulfadly yang berkasi dalam kategori Kumite Lelaki Bawah 21 Tahun (67kg).

ISMIFARIZAL (tengah) bersama atlet karate Labuan yang menyertai kejohanan tersebut.

Dua pingat gangsa telah diraih dalam acara individu dan berpasukan masing-masing Nur Ariesya Dayana Asmadie dalam kategori Kumite Individu (42kg) dan Muhammad Kaszym Aqim Kasryanto, Tawfeq Syazwi Tazrudin, Thaqef Syafie Tazrudin dalam acara Kata Lelaki Berpasukan Junior.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karate Labuan, Mohd Ismifarizal Mohammed Ishak, turut bersama sepanjang kejohanan berlangsung menzahirkan  rasa bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi atlet karate  yang menyertai kejohanan itu.

“Pencapaian kali ini lebih memberangsangkan daripada tahun 2023 dengan hanya membawa balik 1 Emas 3 Perak dan 3 Gangsa berbanding tahun ini dan secara keseluruhan  pencapaian kali ini telah menempatkan Labuan pada kedudukan ke-8 teratas daripada 35 pasukan yang menyertai kejohanan ini” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada kejohanan itu seramai 450 atlet dari seluruh daerah di  Sabah  serta  jemputan negeri iaitu Sarawak dan Labuan.

Pasukan Karate Labuan telah menghantar seramai 17 atlet.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN