ADVERTISEMENTspot_img

Program ‘Outreach’ Kebankrapan anjuran Jabatan Insolvensi satu pededahan ilmu

TERIMAKASIH…Dato’ Anita menyampaikan cenderamata kepada  Datuk Jonathan diperhatikan Mohd.Nazri (kanan).

KUNDASANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  Datuk Jonathan Yasin memuji Jabatan Insolvensi Malaysia kerana berjaya ‘Turun Padang’ bagi menganjur Program ‘Outreach’ Kebankrapan yang merupakan antara strategi  merakyatkan Jabatan itu untuk memberi perkhidmatan  secara langsung kepada masyarakat  di lokas-lokasi terpilih.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, program Outreach Kebankrapan itu, bakal memberi pendedahan ilmu berkaitan dengan undang-undang supaya masyarakat  celik  mengetahui hak masing-masing khususnya berhubung kebankrapan dan kaedah untuk keluar dari belenggu daripada kebankrapan tersebut.

“Benarlah wang memainkan  peranan yang penting dalam memudahkan transaksi ekonomi  dan memenuhi keperluan masyarakat pada masa ini, namun pengurusan kewangan yang tidak efektif akan menyebabkan berlaku krisis kewangan sehinggakan terjerumus ke kencah muflis”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan program Outreach Kebankrapan di Pentas Budaya pekan Kundasang pada Khamis.

Menurutnya,  di Malaysia sebanyak 273,869 kes Kebankrapan  yang dtadbir sehingga Jun 2022.

Beliau berkata, bagi menangani masalah  kebankrapan itu langkah pertama ialah, memperkasakan semua kedudukan kewangan adalah dengan sentiasa peka dan memahami isu berkaitan dan menerima perubahan perlu dibuat serta berdisiplin dalam melaksanakannya.

“Pada yang sama, kita perlu  belajar cara untuk menguruskan kewangan bagi menambah-baik kedudukan kewangan. Mengurus kewangan adalah satu tugas yang rumit namun dengan pemikiran maklumat dan pengerahuan yang betul kita akan lebih yakin untuk memperkasakannya semula  kedudukan  kewangan  dan membina daya tahan yang lebih teguh menghadapi  keadaan yang tidak dijangka.Perubahan kecil dan berperingkat  dari semasa ke semasa boleh menghasilkan  kesan yang besar”, tegas Datuk Jonathan, sambil mengharapkan program Jabatan Insolvensi Malaysia itu dalam memberikan  pendedahan awal dapat diteruskan yang berteraskan kepada Misi dan Visi untuk  meningkatkan  akses kepada kefahaman undang-undang dikalangan  orang awam mengenai sistem Insolvensi di Malaysia.

Berucap sama ialah, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Dato’ Anita Binti Harun, para Pegawai dan Kakitangan Insolvensi Sabah bersama ratusan penduduk setempat.

Turut menyampaikan Ceramah bertajuk ‘Kebankrapan’ ialah, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, Mohd.Nazri Bin Omran.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN