Jimmy (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas.
RANAU: Seramai 60 orang warga emas dari persatuan Peranakan Tionghua Ranau, menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka yang masih terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.
Sumbangan kewangan dari persatuan itu, telah disampaikan Timbalan Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Jimmy Kan dalam satu majlis ringkas di Dewan SJK(C) Pai Win Ranau baru-baru ini.
Jimmy ketika ditemui, mengarapkan kepada para penerima supaya memanfaatkan sumbangan yang diterima untuk pembelian keperluan asas harian mereka.
“Sumbangan ini merupakan CSR persatuan kepada mereka yang berkeperluan khas khususnya golongan warga emas yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Program tahunan ini juga adalah tanda simpati persatuan kepada warga emas yang sudah lanjut usia dan tidak berkemampuan”,jelas Jimmy.
Ramai warga emas yang sempat ditemui.masing-masing merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Peranakan, kerana sudi menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang jumlahnya walaupun sedikit namun satu penghortmatan dan penghargaan kepada warga emas.
          Â



