DANIEL (duduk tengah) bersama jawatakuasa eksekutif LCC bagi penggal 2022-2023
LABUAN: Mantan Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan (LPA), Daniel Doughty di pilih sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) bagi penggal 2022-2023.
Daniel yang mempunyai pengalaman luas dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dan bukan kerajaan dipilih dalam satu mesyuarat agung LCC yang diadakan baru-baru ini.
Sementara itu, ahli perniagaan terkenal, Tan Soon Kiat di pilih sebagai Timbalan Pengerusi, manakala jawatan Setiausaha di sandang oleh Raymond Pang Onn Phin dan jawatan Bendahari disandang oleh Nicholas.
Jawatankuasa Eksekutif dianggotai oleh Pearlita Koh, Teo Leong Kian, Wazlee Wrizzelian Ismail, Tan Boon Chang, Faizul Fazlan Zainuddin, Eng Lean Chye dan Tan Chiew Hing.
Terdahulu Daniel ketika dihubungi menjelaskan, LCC yang telah ditubuhkan sejak tahun 1977 bakal berwajah baharu dengan menampilkan logo baharu disamping merangka beberapa strategi dan pelan tindakan bagi membangunkan dan menghidupkan semula aktiviti LCC.
“Kami berharap dapat memberi nafas baharu kepada LCC serta dapat membina semula dan merancakkan kembali ekonomi Labuan” katanya.
Selain itu, Daniel turut menegaskan LCC yang diterajuinya bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti setempat untuk memacu dan merangsang ekonomi Labuan.



