ADVERTISEMENTspot_img

100 asnaf Kampung Batu Manikar, Pohon Batu diraikan dalam Majlis Iftar MAIWP

Gambar atas: SERAH…. Bashir menyerahkan bantuan Ramadan dan Hari Raya kepada asnaf  pada majlis Iftar MAIWP

LABUAN: Seramai 100 asnaf dari Kampung Batu Manikar dan Kampung Pohon Batu di sini  diraikan dalam Majlis Iftar dan Penyampaian SumbanganKepada Asnaf yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Labuan pada Selasa.

Majlis yang diadakan di perkarangan Masjid Al Munawar Kampung Pohon Batu itu di sempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadzli Md Saad, Ketua Kampung Pohon Batu, Hariadi Omar dan Ketua Kampung Batu Manikar Haji Ismail Abdul Rahman.

Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, mereka  (asnaf) turut menerima bantuan hari raya berupa wang tunai RM100  dan juga barangan keperluan  dapur bagi  membantu asnaf membuat persiapan menyambut Ramadan.

SIMBOLIK….Bashir menyerahkan replika cek bernilai RM3.2 juta bantuan keseluruhan MAIWP kepada 4,000 asnaf di pulau ini.

Terdahulu Bashir ketika berucap pada majlis itu berkata, MAIWP  telah menyediakan bantuan Aidilfitri sebanyak RM800  seorang kepada 4,000 asnaf di pulau ini membabitkan agihan wang zakat sebanyak RM3.2 juta.

Katanya, penganjuran majlis itu membuktikan MAIWP sentiasa mengikuti perkembangan arus perubahan semasa dalam mempelbagaikan bantuan dan berusaha meningkatkan kemajuan sosioekonomi, bagi memastikan kesejahteraan umat Islam melalui sistem pengurusan dan pembangunan yang berlandaskan hokum syarak dengan menggunakan sumber MAIWP.

“MAIWP sentiasa berusaha  melakukan transformasi dengan menambahbaik pengurusan pengagihan zakat bagi memastikan ianya tetap kekal relevan dengan peredaran semasa. Ia termasuk mengkaji semula dasar dan SOP skim-skim bantuan, penetapan had kifayah dan sebagainya, agar bersesuaian untuk digunapakai mengikut keadaan semasa” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN