ADVERTISEMENTspot_img

ABIDIN MADINGKIR SERAH KUNCI RUMAH PPRT KEPADA JOSE BUTIT

 
RANAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir berkenan menyempurnakan majlis penyerahan kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin kepada pemiliknya Jose Butit di Kampung Matan.

Turut bersama pada majlis penyerahan kunci rumah PPRT secara simbolik itu ialah Japli Sigal (CDO), Lasius Galipoi (Pemaju Mukim Tanah Rata) dan Winek Yuni (WKAN).

Dalam ucapan ringkasnya, Abidin menerangkan bahawa pada tahun lepas pemohon PPRT di kawasan DUN Paginatan sebenarnya mencecah lebih daripada empat ratus orang. Sementara peruntukan kuota yang telah diberikan kepadanya di kawasan Paginatan hanya enam orang.

Abidin menjelaskan, mereka yang layak memohon PPRT adalah yang berada dalam senarai penerima e-Kasih. Namun demikian sebelum permohonan diluluskan, banyak kriteria lain yang perlu diteliti termasuklah prestasi sokongan oleh pemohon  yang berterusan kepada pihak kerajaan.

Dalam ucapannya juga, Abidin juga telah menerangkan bahawa kos pembinaan bagi sebuah rumah PPRT telah meningkat pada tahun ini berbanding tahun lepas. Ini disebabkan oleh kenaikan harga barang yang telah mempengaruhi kos pembinaan. Adalah wajar di pihak kerajaan juga agar dapat menaikkan peruntukan bagi kos pembinaan sebuah PPRT’’ katanya.

Abidin juga turut berharap agar pihak kerajaan dapat menambah kuota PPRT di kawasan DUN Paginatan pada tahun ini kerana masih ramai yang layak dan memerlukan.

Terdahulu pemilik PPRT, Jose Butit merakamkan setinggi penghargaan kepada Abidin dan jawatankuasa penilai permohonan kerana telah memberikan perhatian dan kelulusan borang permohonan PPRTnya pada tahun lepas.

Jose juga sangat bersyukur kerana dengan adanya rumah ini, kini beliau bersama anak perempuannya dapat menjalankan kehidupan yang lebih tenang dan selesa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN