DR. Marysia James Abie.
LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan membenarkan impot telur dari Sarawak dan Semananjung Malaysia sebagai usaha mengatasi segera isu kekurangan bekalan telur di pulau ini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Marysia James Abie berkata, kebenaran untuk membawa masuk telur dari Sarawak dan Semananjung itu disebabkan kerajaan negeri Sabah ketika ini telah menghadkan penghantaran bekalan telur ke Labuan daripada 500,000 biji seminggu kepada 500,000 biji sebulan berkuatkuasa pada Ogos lalu.
Beliau berkata, pada 20 Ogos lalu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengeluarkan arahan kepada semua pengeluar telur di peringkat ladang ayam untuk mengurangkan export telur keluar Sabah.

ISU kekurangan bekalan telur di Labuan akan diatasi
“Tindakan itu dilakukan berikutan bekalan telur di negeri bawah bayu itu mengalami kekurangan dan tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Marysia berkata, bagi memastikan bekalan telur dapat diatasi segera, pihaknya telah membenarkan bekalan telur dibawa masuk dari Sarawak dan Semenanjung dengan kadar segera.
“Bekalan telur itu dijangka akan sampai ke Labuan dalam tempoh satu hingga dua minggu.
Selain itu katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan juga telah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah agar quata penghantaran telur ayam ke Labuan dapat ditingkatkan jumlahnya.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar bersabar dan tidak panik kerana masalah ini hanya bersifat sementara.
Beliau berkata, pengguna juga boleh mendapatkan sumber protein lain seperti ikan, daging dan ayam.
Untuk rekod telur merupakan sumber protein yang murah dan mampu dimiliki berbanding ikan, ayam dan daging terutaman pada musim pendamik.



