GAMBAR ATAS – PKP Kalbin Haji Mohd Said melepaskan peserta Program Kayuhan Santai Merdeka PKL 2021.
LABUAN: Pengarah Pusat Koreksional Labuan (PKL), Penolong Komisioner Penjara (PKP), Kalbin Haji Mohd Said meningatkan anggotanya agar sentiasa menjaga kesihatan untuk memudahkan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.
Selain itu katanya, pegawai dan anggota PKL perlu sentiasa sihat, cergas dan cerdas bagi memudahkan mereka mudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“ Setiap pegawai dan anggota perlu sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cergas bagi memastikan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapatlo dilaksanakan dengan sebaik mungkin” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kayuhan Santai Merdeka 2021 sempena Hari Kemerdekaan ke 64 peringkat Pusat Koreksional Labuan, pada Selasa lalu.
Dalam pada itu, beliau berharap program Kayuhan Santai Merdeka PKL 2021 mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai dan staf agensi kerajaan itu.

PESERTA…. Program Kayuhan Santai Merdeka PKL 2021 bergambar kenangan.
“Saya berharap menerusi Program Kayuhan Santai Merdeka 2021 itu akan menjalinkan hubungan yang lebih baik dan erat dalam kalangan warga Pusat Koreksional Labuan termasuk ahli keluarga.
Tambah Kalbin, PKL akan terus mengadakan pelbagai program sempena Hari Kemerdekaan sebagai tanda cinta dan sayang kepada negara ini.
Program Kayuhan Santai Merdeka 2021 yang dianjurkan Biro Sukan Labuan Prison Cycling Club itu disertai 30 staf dan ahli keluarga yang diketuai penyelaras program, SM Enjis Lakum.
Kayuhan sejauh 40 kilometer itu turut membabitkan staf UMSKAL, Mohd Mazlan Ahmad dan staf Tricor Trustco (Labuan) Ltd, Mohd Zaidi Diding.
“PKL akan mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada staf dan ahli keluarga sempena Hari Kemerdekaan,”katanya.



