ADVERTISEMENTspot_img

Program “Road Show Pengetua Bersama Waris dan Calon SPM 2021” Dapat Sambutan

Ag ROZLAN…… Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun.

LABUAN: Program “Roadshow Pengetua Bersama Waris dan Calon SPM 2021 SMK Taman Perumahan Bedaun   yang dijalankan secara dalam talian baru-baru ini  mendapat sambutan  di luar jangkaan.

Perjumpaan secara dalam talian  melalui ‘google meet bersama waris dan calon SPM  diadakan secara berperingkat bermula pada 23 Jun sehingga 29 Jun yang baru lalu melibatkan lima kelas tingkatan 5.

Menurut Pengetua sekolah itu, Ag.Rozlan Manan, seramai 90 orang calon SPM 2021 dan 60  ibu bapa pelajar berkenaan hadir pada program tersebut

 Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran,  Chai Yee San, Penlong Kanan Kokurikulm  Lau Chin Ying, guru-guru kanan bidang dan juga guru-guru mata pelajaran tingkatan 5.

Ag Rozlan  berkata, objektif utama program ini adalah untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang sasaran pihak sekolah terhadap calon-calon SPM 2021 disamping itu  mereka  akan melalui norma pembelajaran yang baharu sejak tahun 2020.

“Mereka juga dianggap istimewa kerana menjalani proses PdPr sejak 2020 sehinggalah kini ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Kita berharap agar pandemik ini cepat berakhir bagi memastikan calon- calon SPM 2021 dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau turut menjelaskan  kepada ibu bapa bahawa pelaksanaan PdPr sememangnya tidak sama dengan pembelajaran secara bersemuka. Pembelajaran secara bersemuka membolehkan semua guru memberikan 100% tumpuan dan bimbingan kepada semua murid terutamanya murid yang masih lemah dalam penguasaan mana-mana mata pelajaran.

RAOD SHOW….. secara dalam talian melalui google meet.

“Dapatan daripada kehadiran PdPr, sikap murid-murid yang tidak serius dengan PdPr merupakan langkah utama kepada pihak sekolah untuk melaksanakan program ini demi kepentingan anak-anak. Ibu bapa merupakan kekuatan dalam kejayaan pelaksanaan PdPr kerana anak-anak sepenuhnya berada di rumah dan saya yakin dan percaya semua guru akan menggunakan pelbagai kaedah yang terbaik untuk memberikan bimbingan walaupun melalui PdPr” jelasnya.

Selain itu beliau turut menjelaskan sepanjang pencapaian SPM 2018 sehingga SPM 2020, komitmen daripada ibu bapa amat membanggakan kerana sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam SPM.

Hal ini  katanya terbukti apabila keputusan SPM sejak tiga tahun kebelakangan ini semakin meningkat iaitu SPM 2018 (GPS 5.34), SPM 2019 (GPS 5.14) dan SPM 2020 (GPS 4.76). Semua calon SPM 2020 juga layak mendapat sijil kerana pencapaian 100% lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau berkata, peningkatan pencapaian ini jelas menggambarkan bahawa adanya kerjasama dan komitmen daripada ibu bapa dengan pihak sekolah.

“Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar semua calon SPM 2021 memperoleh sekurang-kurangnya gred “C” dalam semua mata pelajaran untuk melayakkan mereka menempatkan diri ke peringkat seterusnya” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN