ADVERTISEMENTspot_img

Pesta Kubis Sabah 2019, 07 Disember depan.

Oleh SALWAH ARAMAT

RANAU: Orang ramai khususnya dari daerah ini dan Kundasang dijemput hadir ke Pesta Kubis kali ke-22 di Dataran Budaya pekan di sini pada 7 Disember bermula 7.00 pagi.


Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Suatin Mayor memberitahu, pelbagai acara bakal diadakan sempena program itu tahun ini yang bermula pada 30 November, 1 Disember, 6 Disember, sementara 7 Disember adalah perasmiannya yang bakal disempurnakan, Menteri Pembangunan Infrastuktur Negeri Sabah, Datuk Peter Anthony.


Menurutnya, pada 30 November-1 Disember bermula pada jam 8-5 petang, akan diadakan 2×2 Motorcross challenge yang akan dirasmikan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin. Manakala pada 6 Disember bermula 8 pagi hingga 11 malam akan diadakan pertandingan Junior Idol serta persembahan artis-artis jemputan.


“Sementara 7 disember (Perasmian) bermula 8 pagi akan diadakan Pertandingan Sayur-Sayuran Tanah Tinggi Kundasang, Pertandingan Pondok Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK/KK) Mukim Kundasang dan Bundu Tuhan serta pameran agensi-agensi kerajaan.


“Pertandingan Tarik Tali Terbuka (Lelaki) Pesta Kubis dan Pertandingan Motar Berhias juga turut diadakan”, jelas Suatin dalam satu kenyataan Media kelmarin.


Selepas itu katanya, akan diadakan Pertandingan Tarian Etnik Moden Sabah dan Persembahan Kebudayaan termasuk nyanyian artis-artis tempatan.


Menurut Suatin, antara jemputan kenamaan yang akan hadir ialah Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat PPM Kundasang, Siriman Bin Haji Basir.


Suatin turut memaklumkan, antara acara utama sempena pesta tersebut ialah Penyampaian Anugerah Tokoh Pesta Kubis, Peladang Jaya, Ibu Peladang, Usahawan Muda dan Anugerah Khas.


“Kita mengharapkan kepada orang ramai, para pelancong dari dalam dan luar negeri supaya hadir ke pesta tersebut yang akan berakhir pada 8 Disember dengan acara Pertandingan Kereta Lasak Tertutup Sabah selain acara kebudayaan dan hiburan.-T A M AT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN