By Borneo Buletin
KOBE, Jepun: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengakui kebun getah beliau mendapat bantuan musim tengkujuh (BMT).
“Terima kasih kepada skim ini. Ya, saya ada sebidang tanah, sepuluh ekar, di Tamparuli dan ditanami getah sejak sekian lama.
“Yang mengusahakan kebun itu ialah keluarga sepupu saya, Taimin Gindalan dan beliau juga lah yang mengambil inisiatif mendaftarkan kebun itu untuk BMT. Dan sejak sekian lama, BMT yang diterima, saya hulurkan kepada dia,” kata beliau.
Madius, yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, berkata BMT adalah untuk tiga bulan sahaja namun “saya dengan rendah hati memberikan juga elaun setiap bulan kepada beliau.”
Madius terharu kerana keluarga Taimin, terutama isteri beliau Sunah Gani sangat komited dan “begitu sayang dengan kebun itu.”
Madius berada di sini mengetuai Kementerian beliau dalam misi perdagangan sejak 28 Nov hingga 6 Disember ini. TAMAT



