ADVERTISEMENTspot_img

Keharmonian, kerjasama antara pelbagai kaum kunci kekuatan hadapai pelbagai cabaran

Robert (dua dari kanan) mengetam padi sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan yang disiar secara langsung melalui fb itu.

Oleh: Marutin Ansiung

KENINGAU:Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara dapat mencapai wawasan dan matlamat yang telah dirancang.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, justeru itu keamanan, persahabatan kebersamaan yang amat unik di negeri ini perlu dipertahankan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan agenda perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini.

“Kerana dengan adanya perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama dapat membina sebuah negara yang aman dama, sejahtera selain kestabilan politik dan ekonomi yang dapat menarik minat pelabur” katanya ketika dihubungi selepas simbolik perasmian Pesta Kaamatan 2021 Peringkat Daerah Keningau yang disiarkan secara langsung melalui fb pada Sabtu lepas.

Oleh yang demikian katanya, amat penting bagi masyarakat untuk sentiasa bersatupadu, bekerjasama menjaga kecemerlangan dan kemajuan negara.

Pada masa sama Robert menyifatkan penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau sebagai salah satu contoh aplikasi strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Ini katanya, kerana ia menyaksikan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Swasta dan etnik-etnik di daerah ini yang telah memperlihatkan semangat rakyat Malaysia yang bersatu padu, muhibah dan harmoni selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali yang juga Pengerusi Penganjur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN