Ketua Penguatkuasa JIM Labuan, Bascaco Jabat@ Mohd Dzulkarnain Abdullah
LABUAN: Sembilan pendatang tanpa izin (PTI) membabitkan tujuh wanita dan dua lelaki berumur 24 hingga 58 tahun dijatuhi hukuman penjara 4 hingga 6 bulan oleh Mahkamah Majestrut di sini.
Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigeresen (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan, Bascaco Jabat @ Mohd Dzulkarnain Abdullah berkata kesemua mereka dijatuhi hukuman atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.
Beliau berkata lima daripada mereka warga Filipina disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen untuk masuk ke negara ini.
“Manakala empat lagi yang kesemuanya wanita juga warga Filipina disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di negara ini setelah pas tamat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.
Jelas Bascaco, kesemua pesalah ditangkap dalam satu operasi melibatkan dua restoran di bandar Labuan dan beberapa rumah yang disyaki diduduki warga asing di sekitar Pulau Labuan pada 10 dan 11 April 2021.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan kepada pendatang tanpa izin (PTI) yang masih berada di pulau ini agar mengambil peluang menyertai Program Rekalibrasi Pulang ke negara asal yang dilaksanakan sehingga 30 Jun 2021.
Menurutnya lagi, JIM Labuan akan terus menjalankan operasi dari masa ke semasa melibatkan majikan yang mengajikan PTI.
“Majikan yang mengaji PTI boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 yang boleh didakwa atas dua kesalahan” latanya.
Kesalahan pertama katanya, majikan boleh didakwa di bawah Seksyen 55B, mengaji PTI tanpa pas kerja yang sah, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.
Manakala bagi kesalahan ke dua, majikan boleh didakwa di bawah Seksyen 55E kerana membenarkan PTI masuk dan tinggal dalam premis di mana majikan boleh dikenakan denda RM5,000 dan tidak lebih RM30,000, penjara tidak kurang 12 bulan atau kedua-duanya.



