ADVERTISEMENTspot_img

PERAKAN UNITED TEWASKAN GANU PERANTAU FC

CENDERAHATI…..Ustaz  Zainal (tiga kanan) bertukar tukar cenderahati dengan Abdul Tahman ( tiga kiri) sambil diperhatikan Mohd Hafiez (dua kanan) dan Mahanum (kanan sekali)

LABUAN: PERAKAN United berjaya menewaskan pasukan Ganu Perantau FC dengan jaringan besar 9-3 dalam satu perlawanan Bola Sepak persahabatan yang diadakan di Padang Bola Sepak Sintetik Kompleks Sukan Labuan baru-baru ini.

Perlawanan yang menyaksikan berat sebelah itu bukanlah perlawanan untuk menunjukkan  kekuatan pasukan  masing-masing tetapi ia lebih kepada perlawanan persahabatan bagi mengeratkan  ukhwah  dikalangan  anak perantau di Labuan dengan komuniti setempat.

KENANGAN…. Kedua dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan berakhir.

Pasukan  Anak  Kelantan dan Perantauan (PERAKAN) United yang di barisi oleh ahli anak-anak Kelantan dan perantauan diketuai  oleh Timbalan  Pengarah (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Labuan,  Ustaz Abdul Rahman  manakala pasukan  Ganu Perantau United di ketuai oleh Ustaz Zainal Abdul Wahab.

Pertandingan Bola Sepak Persahabatan tersebut adalah anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan  PERAKAN Wilayah Persekutuan Labuan.

Hadir sama menyaksikan perlawanan  itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan  Wilayah Persekutuan Labuan, Cik Mahanum Fauzi dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Daud.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN