ADVERTISEMENTspot_img

Seorang lagi suspek curi kereta ditangkap.

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat curi kereta di sini pada Sabtu berjaya ditangkap pada petang Ahad dekat Kampung Narambai.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Sharul Datuk Haji Abdul Wahab yang mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek merupakan lelaki tempatan, penganggur berumur 24 tahun.

Ketua Polis Ranau…DSP Mohd Sharul

Katanya, suspek berjaya diberkas pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di kawasan kebun getah, Kg.Narambai.

“Suspek seterusnya dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut. Penangkapan seorang lagi suspek itu menjadikan jumlah tangkapan seramai empat orang.

“Suspek pertama, seorang remaja perempuan telah ditangkap pada 16 November, manakala dua lagi suspek , lelaki berumur antara 26-30 tahun, dipercayai berasal luar daerah, ditangkap   pada pagi Ahad, 17 November di Kg.Tungou.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 10.05 pagi pada Sabtu lalu, di hadapan sebuah kedai runcit Era Jaya, Kg.Rapak dekat Simpang Marakau, sebuah kereta jenis Perodua Axia-1000G milik seorang suri rumah telah dicuri.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN