SERONOK… Rozman (dua dari kanan) bersama Sukimin (kiri sekali) ketika meninjau persekitaran Wak Kiman Campsite, Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn.Bhd. Noor Halim Datuk Zaini (kiri sekali)
LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, Wak Kiman Campsite yang berpotensi dibangunkan sebagai tarikan baharu pelancong perlu sokongan dan bantuan kerajaan untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada.
Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan sokongan dan bantuan bagi memastikan Wak Kiman Campsite
yang diusahakan oleh sebuah keluarga anak jati tempatan bukan sahaja menjadi realiti tetapi juga sebagai usaha kerajaan membantu usahawan berskala kecil dalam bidang-bidang yang mereka terokai dan ceburi.
“Kita dapati ramai usahawan berskala kecil di pulau ini yang berpotensi untuk berkembang maju, namun terhalang kerana kurangnya sokongan dan bantuan dalam menyediakan infrastrutur yang diperlukan.
“Pelbagai penambahbaikan boleh dilakukan selain menaik taraf kemudahan asas bagi keselesaan orang ramai yang akan berkunjung di sini dan saya lihat kerajaan perlulah bantu” katanya.

SANTAI… ahli keluarga Sukimin sedang bersantai di salah satu lokasi Wak Kiman Campsite.
Beliau berkata demikian selepas melihat dan meninjau lokasi Wak Kiman Campsite, Tanjong Kubong yang berpotensi untuk dijadikan sebagai ekopelancongan yang mampu menarik pelancong khususnya generasi muda.Wak Kiman Campsite yang baru sahaja di viralkan di media sosial sejak beberapa minggu lalu oleh salah seorang pengusahanya Sukimin Wakiman sememangnya mempunyai daya terikan dan keunikan tersendiri dari segi ekosistem dan biodiversiti.
Menurut Sukimin, masih banyak lagi kekurangan fasiliti yang perlu dilengkapkan, namun ia memerlukan modal yang agak besar.

CAMPING…. Salah satu kawasan tempat perkhemahan (camping) c yang disediakn di Wak Kiman Campsite.
Justeru itu Sukimin berharap kerajaan melalui agensi yang berkaitan dapat membantu untuk menambah baik fasiliti yang terdapat di kawasan tersebut.
Antara yang menarik di Wak Kiman Campsite ini ialah tempat riadah sesisi keluarga disamping terdapat pemandangan matahari terbit pada waktu fajar meyingsing dan panorama alam dan pantai yang menarik menghadap ke tanah besar Sabah.
Ia juga sesuai untuk melakukan aktiviti separuh lasak seperti mendaki bukit, berbasikal, memancing dan aktiviti perkhemahan (camping) bersama keluarga atau bersama rakan-rakan.



