ADVERTISEMENTspot_img

90 pemain golf sertai Kejohanan Golf FPL

Johari (tengah) bersama pemain yang menyertai kejohanan tersebut.

LABUAN: Seramai 90 pemain yang terdari dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan Labuan menyertai kejohanan golf Financial Park Labuan (FPL) 2026 yang diadakan di Labuan International Golf Labuan (LIGC), pada Sabtu lalu.

Kejohanan yang menjadi acara tahunan FPL itu telah memilih LIGC sebagai venue pertandingan. Sebelum ini kejohanan tersebut telah diadakan di beberapa venue di luar Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif FPL, Johari Mesar berkata, pemilihan LIGC sebagai venue pertandingan kali ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada Perbadanan Labuan dalam usaha merealisasikan padang golf LIGC menjadi tarikan utama pemain golf tempatan dan juga luar negara sekaligus membantu meningkatkan sukan pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan jemputan disamping tiga acara sampingan Bull’s aye, Nearest The Pin (NTP), Nearest The Line ( NTL) dan Longes Distance Drivers (LD).

Pada kejohanan itu, Mohd Zahayi Harun menjuarai kategori terbuka, naib juara dimenangi MA Zuhaye, ketiga, Tarmizi Embran dan tempat keempat, Mohd Aziuddin Khalid.

Manakala bagi kategori Jemputan Johan dimenangi Mohd Azhar Awang Damit, naib johan Kapten LGC, Lim Foo Ann, ketiga, Naib Presiden LIGC, Ibno Suhali dan tempat keempat di menangi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LDA Labuan Holding, Noor Halim Datuk Zaini.

Bagi kategori Bull’s eye dimenangi Rosli, Abd. Karim, Nearest The Pin (Danny Budiman), Nearest The Line (Yakob Santung) dan Longges Distance Drives dimenangi Carex Romex.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Financial Park, Johari Mesar.

Turut menyertai kejohanan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Hafini Mohd Jamil, mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli serta beberapa ketua jabatan dan agensi kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN