GAMBAR ATAS: SUPT. Muhamad Farid ketika ditemui media selepas mengetuai anggota PDRM dalam Ops Bersepadu Pematuhan SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pusat bandar Labuan, pada Jumaat.
https://www.chanteekborneo.com.my
LABUAN: Polis di sini telah merekodkan 9 kes merentas negeri dari Sabah dan Semenanjung Malaysia ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui jalan laut dan udara sejak larangan rentas negeri Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Ketua Polis Labuan Superitendan Muhammad Farid Ahmad berkata, kes berkenaan melibatkan individu yang datang dari tanah besar Sabah dan Semananjung Malaysia yang gagal menunjukkan pemit polis yang lengkap ketika memasuki Labuan.
“Polis telah mengesan 9 kes rentas negeri sepanjang penguatkuasaan PKPB di laksanakan yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta 342 ( Akta Pencegahan dan Pengawalan Penuakit Berjangkit 1983)” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai anggota PDRM dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di sekitar pusat bandar pada Jumaat.
Operasi Bersepadu tersebut yang diterajui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan 80 anggota yang terdiri daripada polis, Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil media.
Muhamad Farid yang juga Komander Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Wilayah Persekutuan Labuan berkata, polis akan sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memantau aliran keluar dan masuk orang ramai melalui Lapangan Terbang Labuan dan juga Terminal Feri Antarabangsa Labuan bagi memastikan individu yang mempunyai permit polis yang lengkap sahaja dibenarkan masuk atau keluar dari Labuan.
Menyentuh mengenai Operasi bersepadu tersebut, beliau menjelaskan hasil daripada pemeriksaan dan pemantauan mendapati sebilangan pengusaha kedai kopi khususnya penjual minuman keras termasuk pelanggan dikesan telah melanggar pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti tidak melakukan penjarakan sosial serta bersembang di kedai kopi.
“ Polis telah mengeluarkan amaran kepada peniaga dan pelanggan untuk dikompaun serta arahan menutup premis perniagaan mereka” katanya.
Selain itu, Muhamad Farid turut mendedahkan hasil daripada operasi bersepadu itu juga mendapati beberapa hotel yang diwartakan sebagai hotel kuarantin telah mengesan beberapa individu yang dikuarantin (Annex 14) di hotel berkenaan melanggar peraturan seperti keluar dari bilik untuk membeli barangan makanan, merokok diluar kawasan hotel dan membawa rakan dari luar kedalam bilik untuk bersembang.
“Kesemua individu terbabit telahpunh diambil keterangan sekiranya mereka didapati melakukan semula kesalahan yang sama tindakan kompaun akan dikenakan” katanya.-Borneo Daily Bulletin