GUNTING RAMBUT……. Sebahagian murid yang sedang bergunting rambut di Island Barbershop
LABUAN: Seramai 77 murid daripada beberapa sekolah rendah di sini menikmati gunting rambut secara percuma, pada Ahad.
Program tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda Negara Labuan, Penggerak Komuniti Negara Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Island Barbershop.
Menurut Pengerusinya Saiful Ridzuan, program yang julung kalinya diadakan itu juga merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial Pemuda Negara Labuan kepada masyarakat khususnya golongan B40.
“Program tersebut bukan saja memberi manfaat kepada ibu bapa murid berkenaan tetapi juga membantu memperkenalkan perniagaan gunting rambut yang diusahakan oleh usahawan muda tempatan terutamanya dalam menempuh pasca COVID 19”, katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu giliran bergunting rambut, mereka turut diberikan cenderahati berupa makanan ringan Pop Corn sumbangan ahli-ahli Pemuda Negara Labuan.
“Program ini tidak hanya terhenti di sini sahaja, sebaliknya ianya akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap berakhirnya musim percutian sekolah” katanya.