29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

72 kanak-kanak Tabika  KEMAS Zon Dua terima sijil  Apresiasi

GILBERT menyampaikan sijil Apresiasi kpeada salah seorang kanak kanak Tabkia KEMAS Zon Dua.


LABUAN: Seramai 72 kanak-kanak Tabika KEMAS Zon Dua yang mengabungkan lapan buah Tabika  menerima sijil Apresiasi sempena  majlis Hari Apresiasi Tabika KEMAS  Zon Dua  sesi 2021/2022 yang diadakan di Desa Tunas Hijau, dekat sini, pada Sabtu.


Lapan buah Tabika KEMAS yang bergabung tenaga pada majlis itu ialah Tabika KEMAS Lubok Temiang, Tabika KEMAS Ganggarak, Tabika KEMAS Tanjung Aru,  Tabika KEMAS PKM Pantai,  Tabika KEMAS Lajau, Tabika KEMAS Sungai Bangat dan Tabika KEMAS Kerupang 1 dan 2.


Sementara itu, majlis perasmian dan penyampaian sijil kepada kanak-kanak  Tabika  yang berumur 6 tahun itu disempurnakan oleh Pegawai KEMAS Daerah, Gilbert Julian.

PERSEMBAHAN… Kanak-kanak Tabika KEMAS  Kerupang 1 da 2 ketika membuat persembahan  tarian pada majlis itu
 


Majlis yang turut dihadiri oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut diserikan  dengan persembahan  kebudayaan  tarian  ‘Gadis dan  Bunga’ yang dipersembahkan oleh Kanak-Kanak Tabika  KEMAS  Kerupang 1 dan 2, persembahan permainan alat muzik Tabika KEMAS  Ganggarak dan bercerita  dari Tabika  KEMAS Kampung Lajau.


Hadir sama wakil Pengerusi Tabika KEMAS Zon Dua, Mohd Zairi Zakaria, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan,  Salmah Daud dan Pengasas Desa Tunas Hijau, Dato Sri Hajah Norsiah Abdullah.



 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN