26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

700 Bekas Ahli AMANAH Labuan Serta UMNO

SERAH…. Haji Chemat (tiga dari kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Annuar sambil diperhatikan Bashir (kanan sekali)

Labuan: Bekas Ketua Kawasan Parti Amanah Labuan Haji Chmeat Haji Mustapha bersama 700 bekas ahli parti itu menyertai semula parti UMNO.

Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian telah diserahkan sendiri oleh Haji Chemat kepada Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga Pengerusi BN Labuan, Datuk Bashir Alias, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abd. Ghani dan Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Sementara itu Annuar ketika ditemui media berkata, UMNO mengambil pendekatan mengalu-alukan penyertaan bekas ahli UMNO atau mana-mana ahli parti politik lain ke dalam UMNO.

“UMNO membuka luas pintunya kepada mana-mana ahli parti politik dan bekas ahlinya untuk menyertai atau menyertai semula parti itu tanpa menjejaskan pihak lain kerana perpaduan amat penting demi kestabilan politik dalam negara” katanya.

Jelas Annuar, UMNO adalah sebuah parti politik yang mewakili kepentingan orang Melayu semata-mata dan bertanggungjawab menjaga keharmonian segenap lapisan masyarakat di negara ini demi kestabilan politik.

Oleh itu katanya, UMNO sentiasa membuka pintunya kepada sesiapa sahaja yang berhasrat menyertai parti itu.

Dalam pada itu, Haji Chemat berkata penghijrahan beramai-ramai ke dalam UMNO sudah lama difikir dan dibincangkan ahli jawatankuasa di semua 25 cawangan Amanah Labuan.

Haji Chemat bersama rakan-rakannya menyifatkan parti UMNO adalah platform yang tepat dan terbaik untuk mereka meneruskan perjuangan politik demi kepentingan orang Melayu.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN