PESERTA….. Dr. Fary (tengah) bersama peserta kayak yang berjaya melaksanakan program gotong royong Sayangi Perairan Labuan di pantai Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Tanjung Purun.
LABUAN: Seramai 67 peserta kayak yang melibatkan ahli-ahli Persatuan Kenu Labuan, pelajar dari UMS-KAL dan ILP Labuan serta komuniti MPP menyertai Program Gotong Royong Sayangi Perairan Labuan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Cakna Kebersihan Wilayah Persekutuan Labuan, pada Ahad.
Program berkayak anjuran bersama Persatuan Kenu Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan telah dirasmikan pelancaran dan penutupnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.
Turut telibat dalam menjayakan program yang bermula dari Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan menuju ke Kampung Patau-Patau 2 itu ialah beberapa agensi kerajaan yang menyokong Program Sayangi Perairan Labuan.

SEMANGAT… Dr. Fary memberikan kata katan semangat kepada para peserta kayak yang menyertai Program Sayangi Perairan Labuan
Program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 3 petang itu telah berjaya mengumpul sampah seberat 324 kilogram.
Dr. Fary ketika berucap pada sesi penutupan program itu berkata, walaupun negara masih lagi berdepan dengan masalah PKP COVID 19, namun semangat perserta untuk melaksanakan program gotong royong berkayak tetap dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang gariskan oleh kerajaan.
“Program Sayangi Perairan Labuan adalah salah satu inisaitif bersama Perbadanan Labuan dengan komuniti untuk menjaga kebersihan dan memberi kesedaran kepada masyakat mengenai pentingnya menjaga keindahan perairan Labuan dan pada masa yang sama mempromosikan Labuan sebagai sebuah pulau yang bersih, indah dan damai” katanya.