Dr. Jeffrey menyampaikan sumbangan kepada salah seorang Pengerusi Masjid.
KENINGAU:Sebanyak 67 buah Masjid dan Surau menerima bantuan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat, yang diadakan di Masjid Riyadhus Solihin Kampung Merampong baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, turut disampaikan pada majlis ini ialah bantuan kepada seramai 30 orang golongan asnaf.
Menteri Pertanian dan Perikanan itu berkata, majlis berbuka puasa ditaja oleh Kumpulan Yayasan Sabah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia Dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Zulkhairi Haji Ismail dan ketua-ketua jabatan.
Sementara itu, Dr. Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 turut menyatakan bahawa persediaan perasmian sambutan Pesta Kaamatan yang akan berlangsung pada 1 Mei ini, telah berjalan dengan lancar.
Pesta Kaamatan yang akan diadakan di Pusat Kraftangan Sabah Keningau dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.
Dr. Jeffrey turut mengingatkan orang ramai agar dapat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 pada sambutan itu nanti.