30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

66 peserta PUJI terima sijil dan barangan kursus utiliti

Dr ZALIHA (lima dari kanan) ketika meninjau produk makanan yang dihasilkan oleh PUJI

LABUAN: Seramai 66  daripada 100 peserta Program Usahawan Jaya Insan (PUJI) menerima sijil kursus kemahiran  serta menerima   peralatan ‘Starter Kit
di bawah Program Usahawan Jaya Insan (PUJI) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis  penyampaian sijil dan barangan ‘starter Kit’ di sempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustapha sempena Majlis Penyerahan Peralatan ‘Starter Kit dan penyampaian sijil Kemahiran dan Keusahawanan Upaya  di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, HRithuan Mohd Ismail.

Selain menyampaikan sijil kemahiran, Dr Zaliha juga turut meninjau produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan  melalui program PUJI.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata Jabatan Wilayah Persekutuan melalui inisiatif PUJI komited dalam membasmi kemiskinan tegar dan memperkasakan warganya melalui program-program penjanaan pendapatan, pembangunan usahawan, perlindungan sosial, pendidikan dan sebagainya.

Beliau berkata, JWP telah menyediakan pelbagai program bagi memperkasa pembangunan usahawan bagi mempastikan rakyat miskin tegar  di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan  dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN