24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

85 syarikat PKS diberi diskaun 30 peratus

Gambar: Dr. Fary Akmal Osman ketika sidang media pada Sabtu.


LABUAN: 85 buah syarikat Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS)  yang  membuat pajakan di tanah milik Perbadanan Labuan diberikan diskaun sebanyak 30 peratus untuk tempoh lima bulan bermula Mac lalu hingga Julai 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata Kementerian Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan 30 peratus diskaun kepada 85 buah syarikat yang membuat pajakan di 108 lot tanah milik Perbadanan Labuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh syarikat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Berikutan diskaun itu Perbadanan Labuan telah menanggung kos keseluruhan berjumlah RM987,292.82. hasil daripada 96 perjanjian yang dibuat oleh 85 syarikat” katanya dalam sidang media mingguan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu.


Dr. Fary  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan,  berkata daripada 96 perjanjian itu sebanyak 78 perjanjian membabitkan kadar pajakan di bawah RM10,000 sebulan, 17 perjanjian bagi kadar antara RM11,000 hingga RM50,000 dan satu perjanjian  bagi kadar pajakan melebihi RM100,000 sebulan.


Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata  walaupun  Labuan telah diisytiharkan sebagai Zon Hijau Covid 19, namum dua buah pusat kuarantin masing masing di   ILP dan Giat Mara serta Hospital Labuan  masih beroperasi seperti biasa.


“ Ini kerana ketika ini masih terdapat pergerakan kemasukan individu termasuk para pelajar yang balik dari Labuan  untuk di kuarantin  di pusat itu  bagi mengelakkan mereka yang  berkemungkinan bergejala dijangkiti oleh individu lain”, katanya.


Menurut Dr Fary, sehingga  8 Mei 2020 terdapat seramai 1,143 individu yang  masih  menjalani proses kuarantin 14 hari yang ditempatkan di beberapa pusat kurantin selain di pusat ILP dan Giat Mara.


Katanya, daripada jumlah itu seramai 580 individu (pekerja sektor minyak dan gas) menjalani kuarantin di hotel, 365 individu menjalani kuarantin dalam rumah, 51 individu menjalani kuarantin di pusat kuarantin  ILP, 88 individu di Pusat Giat Mara dan dua individu (warga emas) menjalani proses kuarantin di hospital Labuan. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN