25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

60 golongan asnaf dan surau Al-Falah terima sumbangan

Ghani menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

NABAWAN: 60 golongan asnaf di daerah ini dan surau Al-Falah Kampung Murni C , Nabawan menerima sumbangan kewangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan.

Penyampaian sumbangan ini disempurnakan ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin sempena majlis berbuka puasa anjuran KYS Zon Utara di dewan terbuka surau tersebut.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) mengucapkan ribuan terima kasih dan juga setinggi-tinggi penghargaan diatas penganjuran dan usaha pihak Yayasan Sabah untuk membantu masyarakat di daerah ini melalui program-program sebegini.

Terdahulu Ghani turut berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan dapat tampil membantu atau melaksanakan program yang bermanfaat kepada masyarakat luar bandar.

Sementara itu seorang pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita Murni C Nabawan Joginder John berterima kasih atas sumbangan itu.

“Saya berterima kasih banyak kepada sumbangan yang diberikan kepada daripada Yayasan Sabah, terima kasih banyak-banyak” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan Junaidah Siliwong, ucapkan terima kasih kepada kepada Yayasan Sabah dan ADUN Nabawan kerana memberi sumbangan itu.

Pengerusi Surau Al Falah Kampung Murni Andy Fathmal Mohamad Ikhsan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Yayasan Sabah diatas sumbangan yag telah diberikan kepada surau Al-Falah.

“Insyaallah hasil sumbangan ini kami akan gunakan sebaiknya untuk memberikan kemudahan atau mengatasi kekurangan yang terdapat di surau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN