Mohd Rafi menerima cenderahati daripada Dayang Pungut sambi diperhatikan oleh Yahya (dua dari kiri)
LABUAN:Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ( 5PM) menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di sini baru baru ini.
Majlis yang dihadiri oleh pesara guru dan ahli ahli 5PM itu telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan,
Turut memeriahkan majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh, Pengerusi 1, 5PM negeri Sabah, Haji Abdul Wahid Matbari dan Pengerusi 5PM Wilayah Persekutuan Labuan, Dayang Pungut Abdul Jalil.
Mohd Rafi ketika berucap pada majlis itu menzahirkan rasa syukur kerana di beri peluang untuk bersama sama pesara pesara guru hebat yang telah berjasa bukan sahaja kepada anak bangsa tetapi juga kepada negara.
“Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bersama-sama insan insan yang hebat yang telah mencurah bakti dan mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan kesabaran” katanya.
Beliau berkata, jasa dan pengorbanan guru tidak ternilai harganya dan tidak mampu di bayar dengan wang ringgit.
‘Siapa pun kita pada hari ini, tangan tangan para gurulah yang mendidik dan membimbing kita sebagai anak murid suatu ketika dulu” katanya.
Dalam waktu yang sama, beliau juga akan terus membantu pihak 5PM Labuan dan mengulurkan sumbangan setiap tahun sebagai tanda penghargaan jasa bakti para pesara guru yang selama ini banyak berjasa kepada negara.
Sementara itu, Dayang Pungut berkata, 5PM Labuan telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada pesara guru dan ahli ahli 5PM termasuk lah menganjurkan program mengaji Al-Quran, Tadarus Al-Quran Ramadan dan Program Saya Sayang Kamu.
‘Kami juga telah melaksanakan program ziarah@ menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesara guru yang telah meninggal dunia, menghulurkan sumbangan kepada anak yatim di SK St, Anne dan SJK (C) Chi Wen serta program Ziarah Cakna kepada rakan rakan pesara guru yang ditimpa musibah terasmasuk mereka yang menerima rawatan di hospital’, katanya.



