25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

595 KIR terkesan dengan Covid-19 terima bantuan MP Ranau.

Lajim (tiga kiri) menyampaikan Bantuan BarMa kepada salah seorang wakil penerima di Kg. Paka 2, di perhatikan Mahat (dua kanan) bersama dua penduduk yang lain.

RANAU – Seramai 595 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sumbangan berupa Barang Makanan (BarMa) daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRPR) di sini, melibatkan 3 buah kampung kawasan DUN Karanaan.

Sumbangan tersebut telah dihantar ke lokasi dan disampaikan sendiri oleh kakitangan PKRPR dibantu para sukarelawan Parlimen Ranau.

Antara kampung yang menerima sumbangan BarMa itu ialah Kg. Muhibbah dan Kg. Kibarambang seramai (218 orang), Kg. Paka 2 (253 Orang) dan 124 orang lagi KIR yang tinggal di sekitar Pekan Ranau, turut menerima sumbangan BarMa yang sama.

Primus (kiri) ketika menyampaikan Sumbangan BarMa kepada Lee Kim Sing di Kg. Kibarambang, sambil diperhatikan Dominik juga Krew Sukarelawan Parlimen Ranau.

Semua sumbangan BarMa itu, adalah inisiatif Timbalan Menteri II, Kementerian dalam negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin yang prihatin serta bersimpati dengan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Jonathan ketika dihubungi mengulangi saranan dan harapan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, suku kaum dan fahaman politik agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang kini menular seluruh dunia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN