30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

55 pasukan sertai   Cabaran Memancing Laut Dalam sempena LISC 2022

FLAGOFF….RITHUAN menekan siren simbolik kepada perlepasan para peserta Cabaran memancing Laut Dalam LISC 2022.

LABUAN: Sebanyak 55 buah pasukan melibatkan 18 buah kapal bersaing  pada  Cabaran  Memancing Laut Dalam sempena penganjuran  Labuan International Sea Challenge  (LISC) 2022 yang sedang berlangsung di pulau bebas Labuan bermula hari ini 1 Julai 2022.

Antara pasukan yang bersaing dalam pertandingan dua hari itu membabitkan penyertaan  dari Johor,  Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah Labuan.

Pertandingan yang ditaja oleh DAIWA itu menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.00 beserta beberapa hadiah lain seperti peralatan memancing. Jenama DAIWA.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail menyempurnakan  majlis perlepasan para peserta pagi ini di Jeti Marina Awam.

LISC 2022  yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan kembali semula selepas dua tahun terhenti akibat pendemik COVID 19.

Bagaimanapun  jumlah acara yang dipertandingkan di LISC  kali ini berkurangan berbanding pada tahun tahun sebelumnya.

KAPAL… sebahagian dari kapal yang disediakan kepada pasukan Cabaran  Memancing Laut Dalam LISC 2022.

Bagaimanapun, Rithuan yakin penganjuran  LISC tahun ini akan tetap menjadi tumpuan dengan menjangkakan 10,000 pengunjung luar dan dalam akan hadir menyaksikan pesta dua hari ini.

Antara acara yang menjadi tumpuan pengunjung kali ini pastinya terarah kepada acara Cabaran Memancing Laut Dalam, Pertandingan Pecut Kayak dan  Cabaran Kayak ke Pulau Papan.

Manakala beberapa acara lain turut diadakan seperti Pertandingan Bola Tampar Pantai, Pertandingan Petanque Pantai Terbuka, Pertandingan E-Sport LISC 2022,  Tarik Tali dan  Pameran Menangkap Ikan  Laut Dalam.

Sementara itu, majlis perasmian dan penyampaian hadiah acara  LISC 2022 kali ke 24 itu akan disempurnakan  oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias pada esok hari (Ahad) di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN