Para peserta ketika mengikuti kursus Pengurusan jenazah.
LABUAN: Kursus anjuran Wanita USIA Bahagian Labuan itu telah dirasmikan oleh Timbalan USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan.
Menurut Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg. Sharifah Haji Mahmud, objektif utama kursus itu adalah untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman secara teori dan pratikal berkaitan pengurusan jenazah khususnya kaum muslimah.
Ia juga sebagai inisiatif dalam memberi kesedaran terhadap tanggung jawab fardhu kifayah kepada para peserta.
Terdahulu Sahari dalam ucapan perasmiannya berkata kursus yang julung kalinya diadakan ini diharap mampu menjadi pengalaman berguna kepada para peserta dalam menyuburkan tanggung jawab fardhu kifayah sekaligus menggalakkan penglibatan dalam pengurusan jenazah kepada komuniti masing masing.
Kursus yang bermula seawal jam 8 pagi itu dikendalikan oleh Ustazah Rohana Abd. Kahar dari Persatuan Pesara Guru Wilayah Persatuan Labuan.
Turut diadakan pada kursus itu tazkirah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Agama Al Lamudin Sungai Bedaun, Ustazah Azlina Mohd Noor.Hadir sama, Naib Yang Di Pertua USIA Bahagian Labuan, Haji Yahya Haji Bakri Dan jawatan kuasa Wanita USIA Bahagian.
.



